Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat melaporkan sejumlah 106, 764 alamat IP yang berdaftar di Malaysia membuat perkongsian pornografi kanak-kanak dari 2017 hingga Ogos 2022.
Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusof, maklumat itu adalah perkongsian yang dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).